Sabah negeri pertama terima penerangan RUU Bantuan Guaman, Akta Pembela Anak Awam

KOTA KINABALU – Sabah menjadi negeri pertama menerima penerangan rasmi berhubung dua akta baharu diluluskan Parlimen, iaitu Rang Undang-Undang Bantuan Guaman dan Akta Pembela Anak Awam, yang bertujuan memperluas akses keadilan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan komuniti luar bandar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata, pelaksanaan awal di Sabah ini membuktikan komitmen kerajaan untuk mendekati rakyat yang sering tercicir daripada sistem perundangan arus perdana disebabkan faktor kewangan dan geografi.

“Sabah dipilih kerana kita sedar, negeri ini memiliki banyak kawasan luar bandar dan pendalaman yang jauh dari pusat bandar.

“Ramai yang tidak mampu mendapatkan khidmat guaman. Kerajaan mahu membawa keadilan kepada semua, tidak kira latar belakang,” katanya dalam sidang media sempena merasmikan Program Justice On Wheel (Jow) Tahun 2025, di sini, pada Sabtu.

Kula turut menjelaskan bahawa kedua-dua akta baharu ini memberi penekanan kepada pemberian khidmat guaman percuma kepada golongan rentan, termasuk dalam kes jenayah dan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sesuatu yang sebelum ini tidak disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Sementara itu, bagi memperkukuh pelaksanaan undang-undang ini, kerajaan turut mengumumkan pembukaan dua lagi cawangan baharu JBG di Sandakan dan Tawau dalam masa terdekat, selain cawangan sedia ada di Kota Kinabalu.

“Tempat-tempat ini sangat jauh dari Kota Kinabalu.

“Dengan adanya pejabat JBG di Sandakan dan Tawau, kita harap perkhidmatan guaman dapat diberikan secara lebih menyeluruh dan cekap kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau juga menggesa Sabah Law Society (SLS) agar memainkan peranan aktif dalam menjayakan usaha ini dengan menggalakkan lebih ramai peguam menyertai JBG sebagai sukarelawan dalam memberi khidmat guaman kepada rakyat.

Menurutnya, inisiatif di bawah ‘Public Defenders Inclusion’ ini adalah sebahagian daripada misi Kerajaan MADANI untuk membina sistem perundangan yang lebih adil, saksama dan inklusif.

“Keadilan tidak memilih. ‘Justice is blind’ ia harus melindungi dan membantu semua orang. Kita mahu rakyat di setiap ceruk negara rasa bahawa undang-undang juga milik mereka,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan bukan sahaja bersedia dari segi dasar, malah komited melaksanakan langkah-langkah praktikal untuk memastikan setiap rakyat mendapat hak mereka di sisi undang-undang, sejajar dengan prinsip tiada yang tertinggal di belakang.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana