Inkues Zara: Saksi sahkan tiada insiden mencurigakan pada malam kejadian – Peguam

KOTA KINABALU – Tiada unsur buli atau insiden mencurigakan berlaku pada malam kejadian, kata peguam kepada remaja tertuduh.

Peguam pihak berkepentingan, Azhier Farhan Arisin berkata, ia berdasarkan keterangan saksi pengawal keselamatan yang dipanggil ke prosiding inkues hari ketujuh di Mahkamah Koroner pada Jumaat.

“Ada beberapa perkara daripada keterangan saksi pada hari ini, iaitu pengawal keselamatan yang bertugas pada malam kejadian. 

“Perkara keterangan utama yang diberikan berkenan iaitu dia mengesahkan bahawa tiada pelajar yang ditemui dalam mesin basuh sewaktu rondaan. 

“Dia mengesahkan bahawa Zara tidak pernah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

“Perkara kedua, dia mengesahkan bahawa pada malam kejadian sewaktu rondaan, dia tidak ada melihat perkara ataupun mendengar perkara yang mencurigakan seperti orang yang dipukul, orang yang dihina. Tidak ada.

“Semua tidak ada. Cuma apa yang terjadi pada malam kejadian, sewaktu rondaan, dia telah diberitahu oleh salah seorang pelajar bahawa arwah Zara telah ditemui terjatuh di dalam longkang. Itu antara keterangan utamanya,” ujarnya. 

Linah Mansoding@Jaliha, 65, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar sejak tahun 2012 lagi merupakan saksi keenam dalam prosiding inkues Zara Qairina Mahathir. 

Azhier menambah, pengawal keselamatan itu juga tidak melihat atau mendengar sebarang perkara mencurigakan sepanjang rondaan, seperti insiden pelajar dipukul atau dihina.

Selain itu, menurut beliau, saksi turut mengesahkan tidak melihat sebarang perbuatan membuli berlaku pada malam tersebut.

“Saksi ini adalah saksi kejadian pada masa tersebut. 

“Kita belum lagi mendengar saksi-saksi lain yang mungkin berada di dalam dorm,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung pada Rabu depan.

Related Posts

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen