MA63: Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak sepakat perkukuh hak negeri

KUCHING – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Sarawak hari ini menyaksikan beberapa tuntutan penting berjaya dipersetujui bersama antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kerajaan MADANI sentiasa komited memastikan segala isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat. 

Beliau menjelaskan, sehingga kini sebanyak 13 tuntutan berjaya diselesaikan di bawah platform rundingan MA63, dengan sembilan daripadanya direalisasikan ketika pentadbiran Kerajaan MADANI.

Antara tuntutan yang sudah berjaya diselesaikan ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik, penyerahan kuasa kawal selia gas dan elektrik kepada negeri, pindaan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak, serta penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri.

Pada mesyuarat kali ini, beberapa persetujuan baharu turut dicapai. Antaranya ialah pengiktirafan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182) bagi projek bernilai bawah RM50 juta. 

Selain itu, kerajaan Persekutuan bersetuju mempertimbangkan supaya bilangan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak ditambah.

Bagaimanapun, ia memerlukan perincian dan perbincangan lanjut dari segi perundangan.

Turut dipersetujui ialah cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak memperakukan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di kedua-dua negeri tersebut. 

Pada masa sama, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju membawa usul penggantungan kuat kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS) 1974 melalui Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan untuk dibentangkan di Parlimen pada Disember 2025.

Foto: Facebook Live Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM