Jemaah Menteri lulus dasar pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya

PUTRAJAYA – Hari ini dalam sejarah, kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya selepas pertimbangan menyeluruh dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu diambil setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, membentangkan beberapa model berkaitan pengasingan kuasa berkenaan.

“Jemaah Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan cadangan pengasingan penuh dengan mewujudkan kedua-dua jawatan ini secara berasingan dan setara dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas meneliti Laporan Akhir dan Hala Tuju Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang dipengerusikan oleh Azalina.

Sehubungan itu, pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 145, Perkara 183 dan Perkara 42 akan digubal secara berasingan bagi mewujudkan kedudukan Pendakwa Raya yang bebas dan berkuasa sendiri.

Dalam pada itu, satu Rang Undang-Undang Pembaharuan Undang-Undang (Pendakwa Raya) akan digubal secara omnibus untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah serta 18 akta lain yang berkaitan.

Satu akta baharu mengenai saraan Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga akan diwujudkan sepertimana Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45].

Pelaksanaan pengasingan itu akan dibuat secara berfasa dengan penyesuaian tertentu terhadap struktur dan prosedur sedia ada. Pasukan Petugas Khas Teknikal yang diterajui BHEUU bersama Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan memperincikan aspek pelaksanaan termasuk struktur organisasi, perjawatan, logistik dan implikasi kewangan.

Syor lengkap hasil perincian itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi pertimbangan selanjutnya supaya pindaan undang-undang yang diperlukan dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada agenda reformasi institusi perundangan di bawah kerangka Kerajaan MADANI, yang bertujuan memperkukuh tadbir urus, memperkasakan kedaulatan undang-undang serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

Related Posts

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

NEW DELHI – Malaysia dan Ethiopia membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi menerusi penerokaan peluang dalam sektor produk halal, pertanian, jaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli