Kerajaan teliti mekanisme elak salah guna MyKad dalam penebusan SARA

TAWAU – Kerajaan akan meneliti mekanisme terbaik bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan khususnya penggunaan kad pengenalan (MyKad) dalam proses penebusan barangan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan dibincangkan berdasarkan laporan Kementerian Kewangan dalam mesyuarat akan datang.

“Kadang kala yang berlaku saya saksikan sendiri tadi ibu yang bawa MyKad anak tapi masih dalam keluarga yang sama dan itu satu kategori yang saya rasa berbeza.

“Tadi juga ada pasangan suami isteri mereka datang menggunakan MyKad suami untuk menebus barang-barang.

“Jadi kita akan teliti sekiranya ada penyalahgunaan apakah cara yang terbaik untuk diuruskan,” katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan Program SARA di Pasar Raya Gemilang, pada Ahad.

Fahmi berkata, kebiasaannya juruwang akan mengesahkan bahawa individu yang menebus barangan adalah orang yang sama seperti dalam MyKad yang ditunjukkan.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan kejadian di Semporna dan Tawau bahawa pemilik MyKad tidak dapat menuntut SARA selepas tuntutan itu telah dibuat.

Dalam kejadian pertama, pemilik MyKad merupakan individu berasal dari Selangor pernah kehilangan MyKad di Sabah dan SARA RM100 itu telah ditebus di sebuah pasar raya di Tawau dengan perbelanjaan RM98.60 pada 2 September lalu.

Sementara kejadian kedua berlaku di Semporna apabila pemilik MyKad mengakui tidak pernah kehilangan kad pengenalan tampil membuat laporan polis sebaik bantuan SARA juga telah ditebus oleh orang lain di sebuah premis di daerah itu berjumlah RM98.65.

Mengenai tinjauan pelaksanaan SARA di pasar raya berkenaan, Fahmi berkata, beliau juga akan berbincang bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada mesyuarat akan datang berkaitan bekalan barangan.

“Pasar Raya Gemilang memaklumkan ada beberapa produk yang sangat diminati, sangat panas (laku) iaitu beras dan kita dapati stoknya habis dan ada lagi bukan beras tempatan.

“Oleh itu, kita akan teliti mekanisme agar stok ini diberi keutamaan dan meneliti berapa banyak yang telah dihantar dan telah dibeli satu-satu masa.

“Antara perkara lain yang turut perlu diberi perhatian termasuklah juruwang di setiap premis diberi maklumat jelas mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya sistem MyKasih tergendala.

“Oleh itu, maklumat ini perlu sampai kepada juruwang supaya sebarang masalah dapat segera diuruskan. Secara keseluruhan, pelaksanaan SARA adalah baik,” ujarnya.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar