Kerajaan jamin barang keperluan asas program SARA mencukupi

PUTRAJAYA – Tiada isu kekurangan bekalan barang keperluan asas termasuk barangan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaporkan ketika ini, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

“Pada waktu ini pihak KPDN tidak ada memaklumkan sebarang masalah berkait dengan bekalan dan pemantauan akan ditingkatkan untuk pastikan tidak berlaku apa-apa isu dari segi stok ataupun bekalan bagi barang-barang keperluan asas,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Fahmi berkata, perkara berkaitan kekurangan bekalan juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan kerana situasi semasa masih terkawal.

“Dalam mesyuarat pada hari ini, tidak ada dibincangkan isu ataupun masalah yang berkait,” jelasnya.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan sentiasa memastikan stok makanan utama berada pada paras mencukupi.

“Tapi kerajaan, KPDN dan juga pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pasti akan memastikan stok bekalan ayam, telur dan sebagainya adalah mencukupi,” katanya lagi.

Katanya, pemantauan rapi akan diteruskan secara bersepadu bagi mengelakkan gangguan bekalan, khususnya ketika musim perayaan atau peningkatan permintaan mendadak.

Related Posts

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

PEMIMPIN Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti itu selama tiga bulan susulan pengakuannya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat pada 15 Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24