PBS serah kepimpinan GRS tentukan calon Tawau, Kalabakan

TAWAU – Parti Bersatu Sabah (PBS) menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menentukan calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tawau dan Kalabakan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berkata, walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai pembubaran DUN Sabah, PBS tetap berpegang kepada prinsip bahawa rakyat harus diutamakan dalam sebarang keputusan politik.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kita letakkan rakyat sebagai keutamaan manakala soal pembubaran, gabungan atau calon, semuanya akan ditentukan pada masa yang tepat.

“Kalau sesuatu langkah itu membawa manfaat kepada rakyat, tidak ada sebab ia tidak boleh dilaksanakan.

“Tapi kalau hanya sekadar slogan, ia tidak memberi makna,” katanya ketika ditemui sempena lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Tawau, pada Rabu.

Mengenai peluang PBS bertanding di Tawau dan Kalabakan, Lo berkata, semua parti (dalam gabungan) akan mengemukakan calon di kerusi yang dianggap sesuai.

Bagaimanapun katanya, individu yang dipilih mestilah benar-benar mampu memberi manfaat kepada kawasan yang ingin diwakili.

“Ciri-ciri calon yang penting ialah mengutamakan rakyat kerana kalau kita letakkan politik mendahului rakyat, ia akan memberi kesan yang salah.

“Saya selalu diingatkan oleh Ketua Menteri supaya melihat semua kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan balai polis sama ada di bawah Negeri atau Persekutuan, sebagai keperluan rakyat Sabah keseluruhannya,” ujarnya.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24