Projek Campsite Wong Ajong seliaan SADA bakal lonjak ekonomi pelancongan Engkilili

ENGKILILI – Satu lawatan ke tapak Projek Campsite and Associated Facilities di Wong Ajong, Bahagian Sri Aman telah diadakan hari ini dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan wakil komuniti setempat.

Menurut Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), hasil perbincangan bersama komuniti setempat mendapati pihak konsultan diminta meneliti semula reka bentuk projek dengan mengambil kira faktor paras air sungai yang tinggi ketika musim tengkujuh.

“Penelitian ini penting bagi memastikan struktur yang bakal dibina tidak terjejas pada masa hadapan dan ketika musim tengkujuh”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, penduduk juga berharap projek ini dapat direalisasikan demi merancakkan sektor pelancongan dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Lawatan diketuai Majlis Daerah Lubok Antu bersama ketua delegasi, Jack Meredan, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Turut serta ialah wakil daripada Sri Aman Development Agency (SADA), Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Pejabat Daerah Lubok Antu, Pejabat Daerah Kecil Engkilili, Jabatan Pertanian, Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, kaunselor, konsultan projek serta beberapa agensi lain.

Untuk rekod, Wong Ajong merupakan sebuah kawasan rekreasi semula jadi yang tersembunyi di Marup Atas, Engkilili, dan bakal dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baharu bagi Bahagian Sri Aman melalui peruntukkan SADA.

Related Posts

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak