Demi kesinambungan pembangunan, sokong GRS – Mizma

LAHAD DATU – Seluruh pengundi di Pulau Sakar diseru agar terus memberikan sokongan padu kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang demi memastikan kesinambungan pembangunan.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam,  Datuk Mizma Appehdullah berkata, GRS sentiasa dekat dengan rakyat malah kejayaan Kampung Sharif dan Kampung Teluk Suaoin yang diiktiraf sebagai perkampungan rasmi adalah bukti komitmen kerajaan Sabah terhadap pembangunan luar bandar.

“Sekiranya GRS terus diberi mandat saya akan memperjuangkan pengiktirafan serupa bagi Pulau Sakar.

“Sebagai anak jati Lahad Datu, saya mahu terus berkhidmat untuk rakyat. Komitmen saya tidak pernah berubah iaitu demi kepentingan rakyat,” katanya semasa berucap merasmikan Program Penyampaian Taklimat PRN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sakar, Kampung Tanjung Paras, Pulau Sakar, pada Isnin. 

Menurut Mizma, dengan kekuatan 672 pengundi di kawasan Pulau berkenaan, beliau yakin GRS mampu menang besar pada PRN akan datang.

Dalam pada Itu, Mizma turut menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Allayarhamah Zara Qairina Mahathir dengan memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan memastikan siasatan kes dijalankan secara telus dan adil.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar