Dua beregu negara ke final Kejohanan Dunia

SEJARAH membanggakan dilakar di Paris menerusi pasangan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia, malam ini.

Sorakan gemuruh ribuan penyokong tuan rumah dan semangat juang luar biasa ditampilkan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue tidak mencetuskan rasa goyah beregu ketiga dunia itu di Adidas Arena.

Berdepan Gicquel-Delrue – yang juga pilihan kelapan kejohanan – Tang Jie-Ee Wei tidak diberikan laluan mudah sebelum berjaya mencatatkan kemenangan straight set 21-18, 21-16 dalam pertarungan sengit selama 53 minit.

Pengalaman jelas memihak kepada pasangan negara dan menanti Tang Jie-Ee Wei di perlawanan akhir esok adalah pasangan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, yang menewaskan rakan senegara, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, di separuh akhir.

Terdahulu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar kejayaan gemilang dengan mengesahkan kemaraan ke pentas final Kejohanan Dunia buat kali pertama.

Dalam aksi separuh akhir yang cukup mendebarkan di Adidas Arena, Paris, gandingan kedua dunia itu mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menundukkan musuh tradisi dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai