Program Outreach Korektif 2025 hapus stigma, buka peluang kedua buat penghuni penjara

SIBU – Program Outreach Korektif anjuran Jabatan Penjara Malaysia dilihat sebagai wadah penting memperkukuh usaha pemulihan penghuni melalui sokongan keluarga, agensi kerajaan, swasta, NGO serta komuniti setempat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pendekatan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan malah membantu penghuni menyesuaikan diri dengan masyarakat serta mengurangkan kadar pengulangan jenayah (residivis).

“Lebih bermakna program ini dilaksanakan di luar tembok penjara, di tengah komuniti sendiri agar stigma negatif dapat dikikis dan mesej positif tentang peluang kedua dapat diperluaskan,” katanya ketika merasmikan Program Outreach Korektif Zon Sarawak 2025 di Dewan Terbuka Farley Sibu pada Jumaat.

Seiring dengan penganjuran itu, turut diadakan MyPride Fair Zon Sarawak 2025 yang berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos dengan penyertaan enam institusi penjara di negeri ini. 

Pameran tersebut mengetengahkan produk kraftangan, tekstil, perabot, makanan serta inovasi hasil kreativiti penghuni.

Fatimah berkata, MyPride Fair bukan sahaja menjadi ruang mempamerkan hasil kerja penghuni tetapi juga sebahagian daripada usaha memperkasa latihan kemahiran, keusahawanan dan peluang pekerjaan bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing selepas bebas.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan Jabatan Penjara melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada Disember 2023. MoU tersebut meliputi perkongsian data, latihan kapasiti, intervensi dadah dan sokongan berterusan bagi program pemulihan.

“Melalui Program LIFE (Low Income Family Empowerment), seramai 64 bekas penghuni menerima bantuan bernilai lebih RM308,000 antara Oktober 2024 hingga April 2025, termasuk latihan kemahiran, sokongan ekonomi dan peluang pekerjaan,” ujarnya.

Selain itu, katanya, program Kelas Intervensi Disleksia yang dijalankan bersama Dyslexia Association of Sarawak (DAS) di Sekolah Integriti dan Henry Gurney Puncak Borneo memberi peluang kepada 25 pelajar disleksia mengikuti pembelajaran asas malah ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Fatimah menegaskan segala usaha itu jelas menunjukkan pemulihan bukan hanya membentuk individu tetapi turut memperkasa keluarga, komuniti serta membina masyarakat yang lebih inklusif dan empati.

“Pemulihan dan peluang kedua bukan sekadar slogan tetapi realiti yang sedang kita laksanakan. Justeru itu, saya menyeru semua pihak kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat terus menyokong usaha ini,” tegasnya.

Related Posts

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), memperkukuh profesionalisme dan integriti pasukan bagi memastikan tahap keselamatan negeri terus berada pada tahap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

TAWAU – Perasaan sedih bertukar gembira buat Ramlah Rahman, 43, apabila akhirnya dapat mendiami rumah baharu di bawah program Rumah Mesra SMJ selepas kediaman lamanya terlibat dalam projek pelebaran Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua Ahli Parlimen antara 56 calon PH PRN Johor

Dua Ahli Parlimen antara 56 calon PH PRN Johor

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri