Respons pantas KPM salur peruntukan segera bantu SK Seri Perlis

KANGAR – Tidak sampai empat jam selepas kejadian ribut yang menerbangkan bumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis di sini petang tadi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak pantas dengan menyalurkan peruntukan bencana segera.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis telah diarahkan menyediakan laporan penuh kerosakan bagi membolehkan bantuan segera disalurkan.

“KPM mengambil maklum insiden yang berlaku di SK Seri Perlis dan kita amat bersyukur kerana tiada murid, guru dan warga sekolah yang terjejas dalam kejadian ini.

“Saya telah minta JPN Perlis menyediakan laporan penuh kerosakan dan KPM akan segera menyalurkan peruntukan bencana bagi memastikan kerja baik pulih dapat dilaksanakan segera,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau menegaskan, aspek keselamatan murid serta guru adalah keutamaan utama kementerian dan sebarang bentuk pembelajaran bersemuka akan ditangguhkan sehingga keadaan benar-benar selamat.

Menurut Fadhlina, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilaksanakan buat sementara waktu agar sesi persekolahan tidak terhenti walaupun bangunan sekolah terjejas.

“KPM komited memastikan anak-anak di SK Seri Perlis tidak tercicir dalam pembelajaran mereka. PdPR akan menjadi langkah sementara sebelum mereka kembali ke kelas seperti biasa,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sebahagian besar bumbung bangunan lama sekolah berkenaan diterbangkan ribut sejauh hampir 30 meter sehingga ke pagar sekolah.

Kejadian turut melibatkan beberapa kelas Tahun Satu, Tahun Dua, Program Pendidikan Khas Integrasi serta prasekolah dengan kira-kira 200 murid terkesan.

Pasukan bomba bersama pihak sekolah mengesahkan tiada mangsa cedera atau terperangkap dalam insiden itu.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan