Kes bunuh polis: Empat tertuduh dikawal ketat hadiri perbicaraan

ALOR SETAR – Kira-kira 14 anggota polis termasuk dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengiringi empat tertuduh kes bunuh seorang anggota polis di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebahagian daripada mereka adalah anggota Bahagian D9 JSJ IPK Kedah yang memakai pakaian serba hitam dan dilengkapi senjata.

Kesemua tertuduh tiba dengan beberapa kenderaan polis kira-kira pukul 8.37 pagi sebelum dibawa masuk ke kamar mahkamah untuk dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Muhamad Badry Muhamad Azami, 24; Mohamad Hafiz Khazli, 26; Badri Iman Abdul Nasir, 25, dan Mohd Saifuan Mohd Noor, 34.

Pada prosiding itu, semua tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membunuh Mohd. Hafizul Izham Mazlan, 35, di hadapan sebuah rumah di Taman Golf, di sini kira-kira pukul 3.43 petang pada 7 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan.

Media pada 7 Ogos lalu melaporkan anggota polis, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut akibat dirempuh dan digilis kenderaan utiliti sukan jenis Lexus dinaiki empat penjenayah ketika melarikan diri setelah memecah masuk sebuah rumah di Taman Golf.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan.

Related Posts

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Aspirasi Outcome-Based Integrity (OBI) atau Integriti Berasaskan Keberhasilan sebagai formula membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

KOTA KINABALU – Kira-kira 10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah setakat tahun ini, termasuk seorang kontraktor dan tiga penjawat awam. Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan