Polis Sabah tawar diskaun 50% saman trafik sempena Bulan Kebangsaan

KOTA KINABALU – Polis Sabah menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembayaran saman trafik terpilih selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Ogos ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah dan Hari Malaysia 2025.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Kasim Muda berkata, pembayaran saman boleh dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

“Tempoh pembayaran bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang sepanjang tiga hari berkenaan,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan diskaun tersebut tidak termasuk beberapa jenis saman iaitu kes kemalangan; saman berstatus Ops Selamat; saman tidak boleh kompaun (NC); saman bicara mahkamah; saman berkaitan kenderaan berat atau lori, serta kesalahan memotong secara berbahaya atau potong barisan.

Selain itu, pengecualian turut merangkumi saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan; tidak patuh isyarat lampu merah; memotong di garisan berkembar dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak melepaskan peluang untuk menjelaskan saman trafik mereka sepanjang tempoh tawaran berkenaan.

Related Posts

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi