Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah di tapak kuari

IPOH – Seorang pemandu jengkaut maut selepas tertimbus runtuhan tanah ketika melakukan kerja pengorekan di lereng bukit sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini, petang Isnin.

Mangsa, lelaki warga emas berusia 60 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditemukan tersepit di dalam jentera berat yang dipandunya.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 petang sebelum enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, sebahagian tanah telah menimbus ruangan pemandu jengkaut, mengakibatkan mangsa tidak dapat dikeluarkan.

“Sebuah jengkaut lain digunakan untuk mengalihkan runtuhan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa berjaya dibawa keluar daripada bangkai jentera pada jam 3.20 petang.

“Pasukan bomba memberikan rawatan awal, namun lelaki terbabit tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,”jelas Shazlean lagi.

Operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Mohd Nafis Nazmi.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia