Citra Seni Sabah pupuk patriotisme, martabatkan budaya tempatan

KOTA KINABALU – Program Citra Seni Sabah (CITRAS) 3.0 bukan sekadar pentas untuk pelajar menunjukkan bakat seni, sebaliknya wadah memupuk patriotisme dan kecintaan terhadap negara sejak usia muda.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, objektif utama CITRAS adalah menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan, memelihara warisan budaya serta menanam rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

“Saya yakin impak program ini akan membentuk generasi yang patriotik, menghargai sejarah dan berbangga dengan identiti budaya sendiri.

“Melalui pendekatan kreatif dan penglibatan langsung pelajar, CITRAS 3.0 meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya serta perjuangan nasional yang mesti terus dihargai,” katanya ketika merasmikan program itu di 1Borneo Hypermall, Sabtu malam.

Katanya lagi, usaha itu selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pemerkasaan budaya sebagai asas keharmonian dan perpaduan sosial.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Jabatan Pendidikan Negeri atas penganjuran bersama program yang dianggap signifikan dalam membentuk jati diri generasi muda, selain sokongan padu Kementerian Kewangan Negeri terhadap CITRAS 3.0.

“Oleh itu, pelaburan dalam program kebudayaan seperti ini tidak harus dilihat semata-mata sebagai perbelanjaan, sebaliknya satu pelaburan jangka panjang untuk masa depan negeri Sabah dan negara Malaysia,” jelasnya.

Christina turut berkata, keperluan kerjasama pintar antara jabatan kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperkukuh sektor kebudayaan, khususnya di peringkat akar umbi.

“Pendekatan kerjasama sebegini mampu memperkukuh jati diri rakyat, memperkayakan warisan tempatan dan mengukuhkan perpaduan masyarakat melalui semangat apresiasi budaya,” ujarnya.

Penganjuran kali ini menyaksikan penyertaan lebih 400 pelajar dan guru dari lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah seluruh Sabah, sesuatu yang disifatkan sebagai bukti minat generasi muda terhadap seni dan budaya tempatan.

Turut hadir, Pengerusi LKNS, Dikin Musah dan Pengurus Besarnya, Mackey Apison.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow