KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan kejadian pesawat miliknya terhempas di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, malam ini.
Menerusi satu kenyataan rasmi, TUDM memaklumkan kemalangan itu berlaku jam 9.05 malam membabitkan pesawat jenis F/A 18D Hornet.
“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa kemalangan tersebut,” katanya.
TUDM turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan spekulasi atau berita tidak sahih berkaitan kemalangan itu.







