Fun Run Taman Tasik Selesa promosi gaya hidup sihat

KUANTAN – Jawatankuasa Kemakmuran dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA Bukit Sagu 2 & 3 dengan kerjasama Majlis Belia FELDA menganjurkan ‘Fun Run Taman Tasik Selesa’ Oktober ini.

Penganjuran acara itu bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan Taman Tasik Selesa yang baru dinaik taraf, sebagai kawasan rekreasi keluarga yang terbaru di kawasan tanah rancangan berkenaan.

Pengurus FELDA Bukit Sagu 2 dan 3, Wan Mohd Hairee Wan Abd Razak berkata, dua kategori ditawarkan kepada peserta yang ingin mengambil bahagian dalam acara itu.

“Kita sediakan kategori 7 kilometer (km) dan 5 km untuk peserta, pendaftaran bagi kedua-dua acara itu sudah dibuka dan tarikh akhir pendaftaran ditetapkan pada 5 September ini.

“Bagi kategori 7 km, peserta dikenakan yuran pendaftaran RM70 dan RM60 untuk kategori 5 km.

“Setiap peserta akan menerima t-shirt dan juga medal manakala untuk hadiah pula, bagi kategori 7 km, juara akan menerima wang tunai RM1,000 dan untuk pemenang kategori 5 km akan mendapat RM700,” katanya.

Wan Mohd Hairee memaklumkan, selain acara larian pada 12 Oktober ini, pelbagai aktiviti lain turut disediakan pengunjung Taman Tasik Selesa pada hari berkenaan.

Karnival usahawan FELDA antara yang akan memeriahkan hari itu, di samping penampilan istimewa gadis penebar roti canai yang viral di media sosial sebelum ini.

“Kita bertuah kerana saudari Nor Syazwani Abd Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Yayadeh Gadis Roti Canai’ oleh pengguna media sosial bersetuju untuk bersama kita pada hari tersebut.

“Sebanyak 300 keping roti canai percuma disediakan untuk pengunjung Taman Tasik Selesa pada 12 Oktober ini.

“Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan semua acara yang pihak JKKR dan Majlis Belia FELDA sediakan,” katanya.

Related Posts

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

KOTA KINABALU – Usaha memperkukuh keupayaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Sabah terus dipergiat bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi dan keselamatan awam sentiasa berada pada tahap optimum, khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

KOTA KINABALU – Perancangan jangka pendek bagi menangani masalah bekalan air tidak stabil di Taman Ujana Kingfisher akan dilaksanakan segera, termasuk penghantaran lori tangki bagi mengisi tangki imbangan (balancing tank)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara