Parti Muda tunggang isu untuk kekal relevan

PUTRAJAYA – Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyifatkan tindakan parti Muda terus menunggang isu dengan mendesak agar kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dibuka semula, membuktikan parti itu ‘entiti kecil yang terdesak’ untuk kekal relevan

Nurul Amal tegaskan prinsip kedaulatan undang-undang, menyatakan keputusan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) adalah hak mutlak mahkamah dan perlu dihormati seperti mana sabitan kesalahan.

Beliau menyeru generasi muda menolak politik kebencian dan memilih pendekatan progresif serta beragenda membina demi manfaat rakyat dan negara.

Menurut Nurul Amal, selepas menyertai gabungan 12 parti pembangkang, MUDA dilihat semakin ghairah mencipta drama politik baharu semata-mata untuk menarik perhatian media, tanpa mengemukakan sebarang bukti baharu yang kukuh.

“Apa yang mereka lakukan hanyalah cubaan mengitar semula naratif lama dengan niat menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi kerajaan dan pimpinan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Amal menegaskan, keputusan berhubung pelepasan DNAA adalah hak mutlak mahkamah yang dibuat berdasarkan bukti dikemukakan di hadapan hakim.

“Sama seperti kita menghormati keputusan apabila seseorang disabitkan kesalahan, begitu juga kita mesti menghormati keputusan apabila mahkamah memutuskan sebaliknya. Inilah prinsip kedaulatan undang-undang,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nurul Amal menyeru agar generasi muda, khususnya pemimpin pelapis negara, bersikap matang dalam berpolitik dan menolak politik kebencian yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat dan negara.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff