Kerajaan perhalusi kaedah penyasaran subsidi petrol RON95 – MOF

KERAJAAN kini sedang memperhalusi pelbagai kaedah pelaksanaan bagi penyasaran subsidi petrol RON95, termasuk penggunaan MyKad, aplikasi e-dompet serta aplikasi syarikat minyak, bagi memastikan subsidi tersebut sampai kepada golongan yang layak.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), usaha ini dilaksanakan dengan teliti agar tidak membebankan rakyat serta mengekalkan kecekapan pengurusan subsidi.

“Selaras dengan pengumuman terdahulu, kerajaan sedang dalam perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95, dan perincian lanjut mengenainya dijangka akan diumumkan menjelang akhir September ini,” menurut kenyataan kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

MOF turut memaklumkan bahawa perbincangan sedang giat dijalankan dengan semua pihak berkepentingan untuk memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi tersebut.

“Ini termasuklah mempertimbangkan pelbagai mekanisme pelaksanaan, antaranya penggunaan MyKad, e-dompet dan aplikasi syarikat minyak,” katanya lagi.

Jawapan itu diberikan sebagai maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN–Bera) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan mekanisme penyasaran subsidi RON95 dan cara mengenal pasti golongan yang layak menerimanya.

Dalam pada itu, MOF memberi jaminan bahawa sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat Malaysia tidak akan terkesan secara langsung daripada pelaksanaan langkah penyasaran subsidi tersebut.

“Hanya bukan warganegara serta individu yang benar-benar berkemampuan akan dikecualikan daripada menerima subsidi,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

NEW YORK – Malaysia muncul sebagai negara ketiga terbaik di dunia untuk didiami pada 2026, berdasarkan data tahun ini daripada Rumavi Global Relocation Index. Menurut ranking yang dikeluarkan Visual Capitalist…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak boleh menganggap pemberian bantuan tunai RM400 sebulan kepada pekebun kecil sebagai kaedah penyelesaian mutlak terhadap masalah yang dihadapi golongan terbabit. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan 1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan 1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi