
KOTA KINABALU – Semua lima remaja tidak mengaku salah di atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu, pada bulan lepas.
Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 507(c) Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama di Mahkamah Kanak-Kanak di sini pada Rabu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad berkata, setiap tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan deposit RM1,000 dengan seorang penjamin.
“Sebutan kes seterusnya ditetapkan pada 25 September depan,” katanya ringkas kepada media selepas prosiding tersebut di sini pada Rabu.
Sebagai rekod mengikut Seksyen 507C (1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




