Kastam rampas bunga ganja bernilai RM2.94 juta

KUALA PERLIS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya merampas 30 kilogram dadah jenis kanabis bernilai RM2.94 juta dalam operasi di perairan Kuala Perlis, baru-baru ini.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, pihaknya mengesan sindiket penyeludupan kini menggunakan kaedah baharu dalam membungkus bahan terlarang tersebut.

“Jika sebelum ini kanabis dimampatkan dalam bentuk ketulan, kali ini ia diikat secara lebih longgar dan dibungkus menggunakan plastik kedap udara.

“Kaedah itu dipercayai dipilih kerana lebih cepat dilakukan selain memenuhi permintaan tinggi terhadap ganja di pasaran gelap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, dalam operasi kira-kira jam 1 pagi pada 7 Ogos lalu, sepasukan anggota Kastam Marin membuat pemeriksaan di kawasan beacon putih perairan pintu masuk Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan menemui empat guni yang ditinggalkan di atas beacon. Pemeriksaan lanjut menemukan 146 bungkusan plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja,” katanya.

Keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 30 kilogram dengan nilai pasaran RM2.94 juta.

Ismail berkata, modus operandi sindiket adalah meninggalkan bungkusan dadah di kawasan perairan untuk diambil pihak lain yang dipercayai anggota rangkaian pengedaran.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

“Kanabis disenaraikan di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes ini masih dalam siasatan lanjut,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa JKDM akan terus memperketat kawalan di sempadan negeri itu yang sering menjadi sasaran penyeludup.

Related Posts

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

MIRI – Bandar raya ini terus mengukuhkan posisinya di persada antarabangsa apabila menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Mengenai Pelancongan dan Hospitaliti Bertanggungjawab (ICRTH) Ke-6. Platform berprestij itu bertujuan memperkukuh kerjasama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

KUCHING – Tindakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dibidas kerana disifatkan sebagai tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM