FELCRA agih RM101 juta keuntungan interim kepada 74,300 peserta seluruh negara

PASIR SALAK – FELCRA Berhad terus memperkukuh peranannya sebagai pemacu ekonomi luar bandar apabila mengumumkan Bayaran Keuntungan Boleh Agih Interim 1/2025 berjumlah RM101 juta kepada 74,300 peserta di seluruh negara, membabitkan 646 projek berdaya untung.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, pada majlis di FELCRA Seberang Perak, Kampung Gajah, di sini, pada Ahad.

Menurut Ahmad Zahid, FELCRA merekodkan prestasi kukuh Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) dari Januari hingga April 2025 dengan keuntungan boleh agih sebanyak RM178 juta.

“Saya mengumumkan bahawa bayaran Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 1,Tahun 2025, Projek-projek peserta FELCRA Berhad Malaysia berjumlah RM101 juta.

“Saya berharap agihan ini bukan sahaja menjadi suntikan kewangan, tetapi juga pembakar semangat kepada semua peserta untuk terus memajukan projek masing-masing.

“Jadikan keuntungan ini sebagai modal dalam meningkatkan produktiviti, mengguna pakai teknologi baharu dan memperkukuhkan daya saing agar FELCRA terus menjadi tonggak pembangunan ekonomi luar bandar,” katanya.

Keuntungan tersebut akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini.

FELCRA dalam kenyataan berasingan memaklumkan keuntungan tersebut digerakkan oleh lonjakan 81 peratus keuntungan bersih projek kelapa sawit.

Ia didorong kenaikan harga purata minyak sawit mentah kepada RM4,423.83 per metrik tan, selain penjimatan kos operasi 15 peratus dan peningkatan hasil per hektar sebanyak 49 peratus.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Idris Lasim.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok