KPM laksana langkah menyeluruh perkukuh keselamatan institusi pendidikan

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan beberapa langkah penting bagi memastikan isu keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya sentiasa terpelihara dan ditangani secara menyeluruh.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, dalam satu kenyataan hari ini berkata antara inisiatif utama yang bakal dilaksanakan ialah pelaksanaan audit keselamatan di semua institusi pendidikan, termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan asrama harian.

Menurut Mohd Azam, audit tersebut akan memberi tumpuan kepada tahap pematuhan semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengan aspek keselamatan.

“Hasil laporan audit ini akan dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi KPM dalam tempoh tiga bulan. Kementerian juga akan menambah baik SOP keselamatan sekolah dan langkah-langkah bagi menangani isu disiplin termasuk salah laku buli di semua institusi pendidikan KPM,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, SOP dan garis panduan sedia ada akan dikaji semula agar terus relevan dengan keperluan semasa serta masa hadapan.

Dalam usaha memperkemas mekanisme aduan, Mohd Azam berkata, KPM turut akan mereformasikan sistem aduan sedia ada, termasuk portal Aduan Buli, agar lebih mesra pengguna, mudah diakses serta menyediakan pilihan aduan secara anonim untuk melindungi identiti pengadu dan saksi.

“Keahlian jawatankuasa ini melibatkan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO), pakar pelbagai bidang, pihak polis dan Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (PIBKS).

“KPM tidak berkompromi terhadap salah laku buli dan tindakan tegas mesti diambil termasuk menerusi hukuman gantung dan buang sekolah,” katanya.

Bagi murid yang digantung persekolahan, beliau berkata, KPM telah memperkenalkan program intervensi khas dinamakan ‘Bangkit Bermaruah’ yang memberi tumpuan kepada aktiviti khidmat komuniti dan pembangunan sahsiah diri.

“Pentadbir, guru serta pegawai di pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri yang tidak menguruskan aduan buli berdasar kepada garis panduan sedia ada akan dikenakan tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, aspek sokongan psikososial akan terus diperkukuh di setiap peringkat bagi memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah sentiasa terjaga.

Mohd Azam turut menekankan peranan penting Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam usaha pencegahan dan intervensi terhadap salah laku buli.

Justeru, beliau menyeru semua pihak termasuk warga sekolah, ibu bapa, komuniti serta agensi berkaitan agar bekerjasama secara menyeluruh dan bersepadu dalam menangani gejala buli di sekolah.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan