Tengku Zafrul sah sertai PKR

OSAKA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan bahawa permohonannya menyertai PKR telah diterima dua minggu lepas.

Tengku Zafrul berkata, beliau kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang.

“Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka.

Pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Menerusi surat dihantar kepada pimpinan UMNO, beliau memaklumkan hasrat meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Related Posts

Putra persoal gesaan UMNO, Pas supaya PRU16 diawalkan

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mempersoalkan gesaan UMNO dan Pas supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pihaknya meneliti secara mendalam alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika UMNO pilih PN, PH perlu perluas ‘khemah besar’ – Faiz

PAKATAN HARAPAN (PH) perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya UMNO memilih memperkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, PH…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014