Ugut ‘selasing’ bapa, anak dipenjara 5 tahun

LAHAD DATU – Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang lelaki selepas mengaku salah mengugut bunuh bapa kandungnya dengan sebilah parang, 30 Julai lepas.

Tertuduh Azizan Azman Lee, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan bunuh terhadap bapanya di rumah mangsa pada 30 Julai lalu kira-kira pukul 6.15 petang dengan mengamuk dan memegang parang sambil mengeluarkan kata-kata ancaman.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.

Tertuduh dipercayai berkata ‘Aku selasing daddy’ (aku bunuh daddy) yang menyebabkan mangsa ketakutan memandangkan tertuduh mempunyai sejarah kesalahan sama sebelum ini selain kejadian turut disaksikan cucu mangsa.

Punca kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati apabila tertuduh mengetahui gitar miliknya dipinjamkan kepada cucu mangsa yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Kota Kinabalu.

Hasil ujian air kencing mendapati tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine serta mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Sitti Zubaeda M Kasim.

Related Posts

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan kadar baharu air di negeri ini bermula 1 Julai depan, dengan kenaikan tarif air 8.5 peratus bagi pengguna domestik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

MARANG – Seorang lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian