Karikatur monyet: Fadhli Shaari jilat ludah sendiri

TANGGAL 10 April 2017 seluruh ahli Pas bangkit membantah karikatur yang didakwa menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disiarkan oleh sebuah akhbar Cina.

Pas ternyata berang apabila karikatur itu memaparkan Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat , Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Kartun itu memaparkan seekor monyet bersongkok dilabelkan sebagai ‘speaker’ dan memakai serban pula sebagai Hadi Awang bertenggek di pokok ‘Akta 355’.

Arakian terpanggillah Ketua Dewan Penerangan Pemuda Pas pada masa itu, Ahmad Fadhli Shaari mula membuka ‘silat’ dengan membantah kartun itu yang dikatakan menghina Presiden Pas itu.

Malah menurut Fadhli , kartun itu bukan sahaja menghina Abdul Hadi tetapi turut menyentuh sensitiviti Islam.

Kenyataannya itu turut disokong oleh penulis yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Fadhli mengenai kebiadaban akhbar berkenaan.

Menurut Fadhli, Pas tidak ada masalah sekiranya pemimpinnya dijadikan karikatur tetapi bukan sehingga digambarkan sebagai seekor haiwan.

Rentetan dari itu Fadhli telah mendesak akhbar berkenaan memohon maaf secara terus kepada Abdul Hadi. Malah turut menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula lesen akhbar berkenaan.

Bagi menyemarakkan lagi isu itu, Pas telah membuat demontrasi dengan alasan himpunan itu bukanlah untuk menyatakan rasa benci kepada kaum lain, tetapi mahu ajar mereka untuk hidup secara harmoni di negara yang berbilang bangsa ini.

Akhirnya akhbar berkenaan telah memohon maaf kepada Abdul Hadi dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai akur desakan itu.

Maka sekali lagi penulis turut memuji sikap pengurusan akhbar berkenaan yang memohon maaf atas kesilapan yang mereka lakukan.

Bagaimanapun pada 28 Julai 2025 isu haiwan yang bernama monyet itu panas kembali diarina politik tanah air hingga menyebabkan pelbagai pihak membantah dengan kenyataan dari Fadhli yang membuat karikatur biri-biri, kambing dan monyet.

Perumpamaan Ketua Penerangan Pas Pusat itu yang menggambarkan Malaysia dalam usaha rundingan damai Thailand -Kemboja sebagai ‘monyet’ yang cuba mendamaikan kambing dengan biri-biri adalah sangat biadab.

Ironinya, orang yang sama juga sebelum ini menghentam isu monyet pada lapan tahun lalu memainkan semula isu monyet.

Lebih biadab lagi pada kali ini Fadhli sendiri yang dikatakan melakar karikatur itu (menggunakan AI?) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Persoalannya di manakah laungannya sebelum ini yang mengatakan perbuatan seperti itu adalah biadab dan tidak bertamadun hingga mendesak akhbar berkenaan ditamatkan lesen.

Jawapannya ialah Fadhli ini cakap tak serupa bikin dan hanya tin kosong sahaja.

Bak kata orang utara kuatnya dia berpidato gajah pun boleh terbang…

Kenyataan Fadhli itu menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran beliau dalam memahami krisis dua negara itu dan ini cukup memalukan sebagai Ahli Parlimen.

Peristiwa itu juga diibaratkan menjilat ludah sendiri kerana bertentangan dengan apa yang diungkapnya sebelum ini.

Bagi penulis paling mendukacitakan ialah sanggupnya beliau mengumpamakan PMX sebagai monyet.

Sebagai seorang yang mempunyai pendidikan agama dan kopiah sentiasa di atas kepala perlulah menunjuk peradaban yang baik apatah lagi dikatakan pejuang Islam.

Persoalannya teruk sangatkah suhu kebencian Fadhli terhadap PMX hingga ke tahap menghina sesama Islam.

Apakah bezanya di antara mereka kerana kedua-duanya pun mengaku Tuhan itu Allah Maha Esa dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Mungkin Fadhli merasa dirinya lebih suci dari PMX?

Bagaimanapun penulis sangat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Fadhli kerana sehingga hari ini beliau masih lagi tidak berhasrat meminta maaf.

Ini menunjukkan bertapa sombong dan egonya Fadhli jika dibandingkan dengan pihak pengurusan akhbar berbahasa Cina yang akhirnya merendah diri dengan meminta maaf kerana keterlanjuran mereka.

Bagaimanapun penulis tidak terkejut dengan sikap Fadhli ini kerana ia merupakan hasil benih semaian kepimpinan yang dibawa oleh Abdil Hadi selama ini.

Olrh itu tidak hairanlah sebelum ini Abdul Hadi banyak menggelarkan musuh politiknya sebagai tupai, kerengga, biawak dan sebagainya.

Akhir kata, selepas Sister In Islam (SIS) menggugurkan perkataan Islam dalam pertubuhannya maka sudah sampai masanya juga Pas turut menggugurkan perkataan Islam dalam parti itu yang banyak mengelirukan masyarakat hari ini.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James