Rakyat Kelantan tolak PN?

[ULASAN] TENTU ramai yang pelik kenapa Perikatan Nasional (PN) Kelantan bertanding menggunakan logo Pas sedangkan ada logo rasmi PN.

Ada yang berpandangan ia kerana bagi mendapatkan sokongan penyokong Pas yang sangat taksub dengan logo ‘bulan’.

Kerana mahukan sokongan itu, maka Bersatu juga terpaksa akur walaupun mereka ada logo parti yang boleh digunakan.

Sebab Bersatu tidak mahu menggunakan logo sendiri mudah diagak kerana parti ‘adik’ ini masih mentah dan tidak popular dalam kalangan pengundi Kelantan.

Mungkin juga ada faktor keyakinan kerana ramai pimpinan dan ahli terdiri daripada ‘katak’ UMNO serta PKR dalam parti ini.

Sentimen anti logo PN ini bukanlah dibuat-buat atau direka-reka kerana ada kisahnya di PRK Sungai Bakap.

Tambah menarik ia bukan ditonjolkan oleh ahli tetapi oleh pimpinan besar Pas dari Kelantan yang dibuat secara terbuka.

Buktinya boleh cari hantaran Facebook Datuk Seri Mohd Amar Abdullah ketika beliau turun dalam satu program bersama jentera di Sungai Bakap.

Tidak ada yang pelik pada hantaran itu melainkan beliau memuat naik beberapa gambar di Facebooknya (Dato’ Nik Amar) dengan kesan kabur pada logo PN.

Mungkin hantaran Facebook berkenaan diurus oleh pentadbirnya namun ia tidak akan jadi begitu sekiranya tiada kebenaran atau arahan daripada pemilik akaun.

Justeru yang menjadi persoalan kenapa perlu dikaburkan logo PN?

Kini di PRK Nenggiri, pergeseran itu juga nampak ketara apabila calon Bersatu, Rizwadi Ismail adalah ahli Pas yang diarahkan keluar parti untuk jadi calon Bersatu.

Rizwadi hanya bagaikan boneka Pas yang bertanding atas tiket Bersatu sekali gus menidakkan ahli dan pimpinan parti yang lain untuk menjadi calon.

Secara kasarnya boleh dilihat ia bagaikan ada krisis kepercayaan Pas terhadap parti rakan sekutunya itu.

Situasi ini tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada pengundi DUN Nenggiri sekiranya mereka memilih calon Bersatu.

Kedua parti ini akan terus berantakan ibarat permukaan air yang tenang namun ada gelora kuat di dasarnya.

Akhirnya rakyat Nenggiri akan terus terabai dan PN akan datang dengan skrip yang sama pada PRU akan datang.

Sampai bila rakyat Nenggiri dan keseluruhan Kelantan mahu menjadi mangsa kegagalan kerajaan Pas?

Bagaikan projek Ladang Rakyat tapi peserta pun tak tahu di mana ladang mereka dan apa hasil bagi penduduk setempat.

Related Posts

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

UCAPAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahaskan Belanjawan 2027 tiada perkara baharu atau cadangan alternatif yang jelas, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai lebih 95 peratus. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pengumuman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar