30 Ahli Parlimen DAP hadir taklimat TVET di pejabat UMNO

PUTRAJAYA – Kehadiran pemimpin DAP di ibu pejabat UMNO baru-baru ini jelas menunjukkan kematangan politik dan pengukuhan kerjasama parti politik dalam Kerajaan MADANI.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Chan Foong Hin berkata, seramai 30 Ahli Parlimen DAP hadir pada program taklimat mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) anjuran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, DAP dan semua parti dalam Kerajaan MADANI sedang berusaha mengatasi perbezaan ideologi dan parti demi kemajuan negara.

“Lebih 30 Ahli Parlimen DAP menghadiri taklimat TVET di ibu pejabat UMNO… dan ini adalah kali pertama sekumpulan besar Ahli Parlimen DAP melawat ibu pejabat UMNO. Ia tanda kematangan dan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kerajaan MADANI bukanlah sempurna. Tetapi kami serius dalam melaksanakan tanggungjawab kami.

“Kami sedang berusaha mengatasi perbezaan ideologi dan parti demi kemajuan negara. Pembinaan negara memerlukan kesatuan, bukan keseragaman dan itulah semangat yang kami pegang teguh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Foong Hin dalam pada itu berkata, strategi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjana ekonomi negara sudah membuahkan hasil.

“Kadar baharu tarif (timbal balik) turun kepada 19 peratus membuktikan diplomasi berterusan dan usaha strategiknya membuahkan hasil.

“Sebagai pengeluar sarung tangan getah dan perabot, kita kini menikmati ruang lebih seimbang bersama rakan-rakan ASEAN dan kita harus menyokong usaha dibawa Perdana Menteri,” katanya.

Related Posts

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

HASRAT untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini berdepan satu persoalan yang belum selesai sejauh mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu meyakinkan rakyat mengenai isu integriti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan