Polis Perlis cadang kerajaan bina tembok di sempadan Wang Kelian

PADANG BESAR – Polis Perlis mencadangkan kepada kerajaan agar mempertimbangkan pembinaan tembok atau pagar kekal di kawasan sempadan Wang Kelian yang terbuka bagi membendung aktiviti penyeludupan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, ketiadaan halangan fizikal seperti pagar di kawasan berbukit dan terpencil itu dikenal pasti sebagai punca utama penyeludup bebas keluar masuk membawa daun ketum dan bahan terlarang antara dua buah negara.

“Kita mohon kerajaan dan agensi bertanggungjawab supaya memberi perhatian untuk membina halangan kekal seperti tembok atau pagar bagi mengekang aktiviti ini,” katanya pada sidang akhbar di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Wang Kelian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau laluan penyeludupan aktif bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Cawangan Khas, Unit Risikan Sempadan dan Batalion 18 (PGA).

Katanya, dalam tinjauan sejauh empat kilometer dari Pos Imigresen Wang Kelian ke garis sempadan, polis menemui kesan pergerakan serta tinggalan sejumlah besar bekas makanan dan minuman yang menunjukkan aktiviti penyeludupan dilakukan dipercayai pada skala besar.

Menurutnya lagi, sindiket penyeludupan sentiasa mengambil kesempatan terhadap bentuk muka bumi yang curam dan tidak berpagar bagi membuka laluan keluar masuk ke Thailand dan Malaysia.

“Operasi penyeludupan ini juga disyaki melibatkan penduduk tempatan sebagai tenaga kerja disebabkan atas faktor desakan ekonomi.

“Kegiatan itu dipercayai beroperasi pada waktu malam dengan penyeludup cuba sedaya upaya mengelak rondaan pasukan keselamatan semata-mata untuk memastikan bekalan ketum sampai ke tangan pembeli di negara jiran.

Difahamkan, terdapat kampung-kampung di sebelah Thailand yang menjadi lokasi penghantaran ketum, manakala aktiviti itu pula bergantung kepada permintaan pasaran semasa.

Jelasnya, ketiadaan pagar sempadan menyebabkan kawalan sukar dijalankan, lebih-lebih lagi di kawasan berbukit curam yang menjadi cabaran kepada pihak keselamatan.

Menurut Muhammad, unit risikan dan JSJ dan segala elemen berkaitan kini diarahkan untuk menjejak laluan aktif serta mengumpul maklumat bagi tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Polis Perlis juga akan memperkasakan perkongsian maklumat bersama pasukan sahabat PGA bagi membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan negeri itu.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar