Sisa pertanian dioptimum, loji ‘waste-to-energy’ diperluas

PUTRAJAYA – Penggunaan sisa pertanian akan dioptimumkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi kitaran dan menghasilkan nilai tambah baharu secara mampan, selaras dengan komitmen kerajaan memperkukuh pembangunan hijau di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sisa pepejal, pembinaan loji ‘waste-to-energy’ juga akan diperluas melalui kerjasama strategik dengan pihak swasta.

“Pada masa sama, kapasiti kemudahan depoh pengadunan biodiesel di Sandakan, Lahad Datu dan Bintulu akan dinaik taraf bagi menyokong penggunaan bahan api alternatif rendah karbon, seiring usaha negara ke arah pengurangan pelepasan gas rumah kaca,” kata Perdana Menteri ketik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, dalam sektor air, kerajaan akan meneruskan Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) bertujuan mentransformasikan sektor itu kepada sektor ekonomi dinamik dan mampan.

“Tumpuan diberikan kepada pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap serta lestari melalui kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI),” jelasnya.

Di bawah AIR2040 juga, kata Anwar, inisiatif mengurangkan penggunaan air mentah dan kadar air tidak berhasil (NRW) serta memperluas penggunaan air pulih guna secara mampan akan diteruskan.

“Langkah ini selari dengan matlamat memperkukuh daya tahan dan kelestarian syarikat penyedia perkhidmatan bekalan air dan rawatan kumbahan bagi memastikan perkhidmatan air negara kekal mampan untuk jangka panjang,” jelasnya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut