Wacana Tunanetra serlah potensi seni golongan kurang upaya – Fatimah Abdullah

KUCHING – Potensi seni golongan tunanetra terus diberi pengiktirafan menerusi Wacana Jelajah Seni Tunanetra 2025 yang dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah pada Khamis. 

Program anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) itu turut menyaksikan pelancaran buku Antologi Sajak Tongkat Putih di Daerah Ini, hasil karya kumpulan penulis Tunanetra yang dikenali sebagai Tongkat Abyad.

Fatimah dalam ucapannya berkata, usaha itu membuktikan keterbatasan fizikal bukan penghalang untuk menghasilkan karya sastera bermutu.

“Seni tidak mengenal batas penglihatan. Yang penting ialah jiwa yang merdeka dan semangat yang menyala. Buku ini menjadi bukti bahawa insan istimewa juga mampu menyumbang kepada dunia kesusasteraan negara,” tegasnya.

Beliau turut menyifatkan tema program ‘Seni Tanpa Sempadan: Menggali Potensi Kreatif Tunanetra’ sebagai bertepatan dalam memperkukuh keterangkuman dan kesamarataan dalam dunia seni.

Program turut menampilkan sesi forum dan pembentangan kertas kerja, selain membuka ruang perbincangan antara komuniti kreatif, badan kebajikan dan institusi bahasa.

Fatimah menyeru agar usaha seperti ini diperluas ke seluruh negeri sebagai inspirasi kepada masyarakat dan generasi muda.

“Usaha ini bukan sahaja menyuntik semangat dalam kalangan OKU, tetapi juga mendidik masyarakat agar lebih memahami dan menghargai kepelbagaian bakat,” ujarnya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak