Kisah wanita kumpul 20 iPhone daripada teman lelaki untuk beli rumah tular kembali

SEORANG wanita di China pernah mencetuskan kontroversi sembilan tahun lalu selepas memperdaya 20 lelaki yang didakwanya teman lelaki untuk menghadiahkan telefon pintar iPhone 7 kepadanya.

Kisah itu kembali tular baru-baru ini selepas warganet membandingkan taktik wanita tersebut dengan kes seorang lelaki berpakaian wanita yang memperdaya ratusan lelaki dalam skandal dikenali sebagai “Sister Hong”.

Dalam kes terdahulu yang berlaku pada tahun 2016, wanita tersebut dilaporkan berjaya mengumpul 20 unit iPhone 7 hasil hadiah daripada teman-teman lelakinya. Kesemua telefon itu kemudiannya dijual secara dalam talian dengan jumlah keseluruhan lebih 120,000 yuan (RM77,000), yang digunakan sebagai wang pendahuluan bagi membeli sebuah rumah di kampung halamannya.

Menurut laporan akhbar Qianjiang Evening News, wanita berkenaan bekerja sebagai kerani junior di sebuah syarikat di Shenzhen dengan gaji yang rendah. Tindakannya menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik gambar menunjukkan dirinya telah membeli hartanah sendiri, sesuatu yang luar jangkaan berdasarkan latar belakang kewangannya.

Rakan sekerja wanita itu menyifatkan dia seorang yang mesra, ceria dan mudah didekati, dan tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian.

“Kami tidak sangka dia akan melakukan perkara seperti ini semata-mata untuk mendapatkan wang. Saya dengar pihak syarikat sedang mempertimbangkan untuk menamatkan perkhidmatannya,” kata seorang rakan sekerja wanita itu.

Seorang pekerja di sebuah platform jual beli barangan elektronik yang dihubungi media mengesahkan wanita itu menjual kesemua telefon bimbit tersebut menerusi platform mereka.

“Dia memberitahu kami bahawa dia memiliki 20 unit iPhone 7 yang masih baru. Kebanyakannya masih dalam bungkusan asal dan belum dibuka,” kata pekerja itu.

Tambahnya, setiap unit telefon itu dijual pada harga melebihi 6,000 yuan (RM4,000), sekali gus menjadikan jumlah jualan melebihi 120,000 yuan (RM80,000).

Menariknya, ramai pengguna media sosial menggelar wanita itu sebagai ‘guru kepada Sister Hong’, kerana berjaya menjalin hubungan cinta dengan 20 lelaki dalam tempoh hanya enam bulan – sesuatu yang dianggap luar biasa.

“Kagum, kagum, kagum! Satu kecekapan bertaraf epik,” tulis seorang warganet.

Kisah lama ini kembali menjadi tumpuan susulan pendedahan kes seorang lelaki pertengahan usia yang menyamar sebagai wanita dan dikenali sebagai ‘Sister Hong’, yang memperdaya lebih 1,000 lelaki untuk melakukan hubungan intim sambil merakam aksi mereka secara rahsia.

Sister Hong kini ditahan pihak berkuasa di wilayah Jiangsu kerana menyebarkan kandungan lucah dan siasatan terhadapnya masih dijalankan.

Warganet menyifatkan kes wanita ‘iPhone’ itu sebagai lebih terancang dan menguntungkan, kerana selain berjaya memperdaya ramai lelaki, dia turut memperoleh hartanah daripada taktiknya.

Related Posts

Penggodam dari ‘China’ aktif lancar serangan siber

LONDON – Agensi keselamatan siber antarabangsa menggesa semua pihak memperkukuh pertahanan terhadap rangkaian sulit yang digunakan penggodam berkait dengan China untuk menyembunyikan aktiviti siber berniat jahat. Perkara itu didedahkan Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah