Rundingan Malaysia-Indonesia buka peluang ekonomi baharu untuk Sarawak

JAKARTA – Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 yang diadakan di Istana Merdeka, Jakarta mencetuskan dimensi baharu dalam hubungan ekonomi dua hala, khususnya membawa manfaat besar kepada Sarawak dalam aspek perdagangan rentas sempadan dan pembangunan tenaga mampan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto telah membuka ruang kerjasama strategik yang memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

“Salah satu pencapaian ketara ialah pelaksanaan aliran bebas barangan dan perkhidmatan antara Entikong di Kalimantan Barat dan Tebedu di Sarawak, yang akan memperkukuh jaringan perniagaan dua hala,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke Sekretariat ASEAN pada Selasa.

Beliau menyifatkan usaha tersebut sebagai langkah penting ke arah mengukuhkan hubungan ekonomi merentas sempadan yang akan memberi manfaat langsung kepada komuniti perniagaan di kedua-dua wilayah.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari turut memaklumkan Sarawak sedang giat melaksanakan pelaburan dalam sektor tenaga baharu di Kalimantan sebagai sebahagian daripada strategi negeri ke arah kelestarian tenaga serantau.

“Pelaburan ini selari dengan visi Sarawak untuk menjadi peneraju tenaga hijau Asia Tenggara, sekali gus menyumbang kepada pembangunan tenaga mampan di wilayah jiran,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang mempertimbangkan cadangan mewujudkan hubungan tenaga antara Sarawak dan Singapura.

“Saya percaya usaha ini mampu diterjemahkan kepada kerjasama konkrit yang akan membuka laluan kepada pasaran eksport tenaga hijau Sarawak di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Turut hadir beberapa Menteri Persekutuan dan delegasi Kerajaan Sarawak, termasuk Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Ibrahim Baki yang mewakili PETROS dan Sarawak Energy Berhad.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman