Sarawak terus unggul pacu integriti, kepemimpinan beretika – Uggah

KUCHING – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan integriti, inovasi dan kepimpinan beretika merupakan tunjang utama dalam menjayakan visi pembangunan negeri menjelang tahun 2030.

Berucap mewakili Premier Sarawak sempena Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo (BIIS) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini, beliau berkata, usaha memperkasa nilai integriti bukan sekadar retorik, sebaliknya satu komitmen nyata yang harus diterapkan dalam semua peringkat masyarakat dan kepemimpinan.

“Kita tidak hanya membina jalan, jambatan dan sistem digital, tetapi membina masa depan berteraskan nilai, etika dan maruah insan. Justeru, pemupukan modal insan berintegriti adalah keutamaan bagi menjamin tadbir urus yang baik,” katanya.

Menurut Uggah, kerajaan Sarawak telah menetapkan hala tuju yang jelas melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk menjadikan Sarawak negeri makmur, inklusif dan lestari.

“Namun, kemakmuran tanpa integriti hanyalah kosong. Sebab itu, tadbir urus baik, ketelusan dan integriti menjadi pemacu utama transformasi yang kita laksanakan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan inisiatif besar kerajaan negeri iaitu pelaksanaan pendidikan tinggi percuma bagi anak-anak Sarawak yang layak di institusi milik kerajaan negeri bermula 2026.

“Ia bukan sekadar dasar sosial, tetapi pelaburan jangka panjang dalam membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika dan berwawasan,” jelasnya.

Tambah beliau, Sarawak turut komited menerajui ekonomi hijau dan digital secara bertanggungjawab dengan memastikan semua pembangunan berpaksikan kelestarian dan keadilan sosial.

“Tanpa integriti, inovasi boleh menjadi alat yang memudaratkan. Sebab itu, semua agensi berkaitan dilengkapkan dengan unit pematuhan integriti dan sistem perolehan secara digital terbuka,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak agar memperkukuh kerjasama serantau menerusi platform seperti BIIS, yang bukan sahaja menjadi medan pertukaran idea, tetapi simbol gerakan integriti peringkat Borneo.

“Marilah kita bina kemajuan berlandaskan nilai, cabar minda lama dan buktikan bahawa kemajuan yang berpaksikan etika adalah satu-satunya jalan ke hadapan,” katanya sebelum merasmikan sidang kemuncak tersebut.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menyediakan peruntukan kira-kira RM200,000 bagi membantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan di kawasan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

SANDAKAN – Isu anjing liar yang semakin membimbangkan di kawasan bandar, kampung dan taman perumahan perlu diberi perhatian serius dan tindakan bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terjamin. Ketua Cabang Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia