Rakyat Kemboja zahir ucapan terima kasih kepada PMX

RUANGAN komen di laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibanjiri dengan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada warga Kemboja, menzahirkan rasa terharu atas inisiatif diplomatik Malaysia yang berjaya menghentikan pertelingkahan antara Kemboja-Thailand.

Antara komen yang menjadi tumpuan ialah daripada pengguna Facebook, @Leng berkata, rakyat Kemboja amat menghargai usaha Perdana Menteri Malaysia, kerana menangani berjaya menangani isu ini dengan hemat demi keamanan serantau.

“Bagi pihak Kemboja, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan Tuan dalam membantu menjayakan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand.

“Peranan Tuan amat penting dalam mencapai persetujuan ini, dan kami benar-benar menghargai sumbangan tuan kepada keamanan dan kestabilan serantau. Kami berharap kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kebaikan bersama rantau ASEAN,” katanya di ruangan komen.

Ucapan penghargaan turut dizahirkan oleh @Lynin Thy atas inisiatif beliau menganjurkan dan menyelaraskan mesyuarat penting bagi mencapai gencatan senjata antara kedua-dua negara.

Sementara itu, @Sokheng Thourk turut meluahkan rasa gembira dan hormat kepada Anwar kerana membawa kedamaian kepada mereka yang terkesan di sempadan Kemboja-Thailand.

“Rakyat Kemboja mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang dihormati kerana membawa kedamaian dan membantu lebih 300,000 orang di sepanjang sempadan kedua-dua negara,” katanya.

Seorang lagi netizen, @Na Na, berkata, sebagai warga Kemboja, saya ingin mengucapkan setulus terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia atas usaha dalam mengusahakan gencatan senjata dan menghentikan konflik antara Thailand dan Kemboja.

“Sumbangan Tuan terhadap keamanan rantau ini amat kami hargai. Saya amat berharap Thailand akan menunaikan janji dan komited terhadap perdamaian,” ujarnya.

MAJLIS bersejarah itu menyaksikan kejayaan rundingan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand telah berlangsung pada Isnin di Putrajaya, dengan Anwar memainkan peranan penting sebagai perantara dan Pengerusi ASEAN.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada rundingan damai itu yang menghimpunkan delegasi tinggi kedua-dua negara jiran yang sebelum ini terlibat dalam konflik di kawasan sempadan.

Related Posts

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

NEW DELHI – Malaysia dan Ethiopia membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi menerusi penerokaan peluang dalam sektor produk halal, pertanian, jaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli