Ahmad Fadhli tidak faham pendekatan diplomasi Malaysia

KUANTAN – PKR Cabang Maran kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang menggambarkan Malaysia seperti ‘monyet’ dalam mendamaikan konflik Thailand-Kemboja.

Sikap Ahmad Fadhli itu menunjukkan beliau tidak memahami peranan sebenar dimainkan Malaysia dalam krisis berkenaan.

“Peranan Malaysia sebagai orang tengah dalam sebarang konflik bukanlah tindakan semberono.

“(Tetapi) berlandaskan prinsip Malaysia MADANI – keadilan sejagat, hormat terhadap kedaulatan negara dan aspirasi keamanan serantau,” kata Ketua Cabang itu, Micheal Sia menerusi satu kenyataan.

Sia berkata, sebagai negara Islam progresif dan anggota aktif ASEAN serta OIC, Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk membantu meredakan konflik antara jiran serantau.

Inisiatif diplomasi ini turut mencerminkan imej Malaysia sebagai negara yang matang, adil dan berwibawa di pentas antarabangsa.

“Kami menyeru semua ahli politik agar lebih beretika dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, terutama yang boleh menjejaskan maruah negara,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan ahli Parlimen daripada Pas itu bahawa menjadi pendamai bukan kelemahan, tetapi kekuatan yang lahir daripada prinsip dan keberanian.

Related Posts

PRN Melaka belum ada keputusan, serah kepada kepimpinan PH

PUTRAJAYA – Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka belum ada sebarang keputusan dibuat oleh pimpinan parti. Beliau yang tidak terlibat secara langsung dalam perkara berkenaan turut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Henry serah nasib kerusi Tasik Biru kepada pucuk pimpinan GPS

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep menyerahkan keputusan berhubung pencalonan semula dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api