Anwar, delegasi tiba di Jakarta

JAKARTA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba malam tadi di Jakarta bagi menghadiri Rundingan Tahunan Ke-13 bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung pada Selasa.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur pada jam 7.40 malam (waktu tempatan) dan ketibaan beliau disambut wakil Kerajaan Indonesia terdiri daripada Menteri Luar Negeri, Sugiono dan Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, lapor Bernama.

Pertemuan kali ini adalah rundingan pertama antara kedua-dua pemimpin negara serumpun itu yang akan berlangsung di Istana Merdeka, Jakarta Pusat, pagi ini.

Rundingan seumpama itu kali terakhir diadakan antara kedua-dua negara adalah di Kuching, Sarawak pada 22 Nov 2017.

Sesi kali ini bakal meneroka bidang kerjasama baharu serta menjadi platform bagi kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Terdahulu dalam taklimat media, Syed Mohamad Hasrin berkata Rundingan Tahunan itu adalah mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Indonesia yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dan menyeluruh.

Semasa lawatan itu, Anwar turut dijadualkan melawat Sekretariat ASEAN di Jakarta atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan menyampaikan ucapan dasar mengenai ASEAN dalam konteks Pengerusi ASEAN oleh Malaysia bagi tahun 2025.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti