3 penjawat awam antara 5 ditahan miliki ketum, senjata berbahaya

LAHAD DATU – Tiga penjawat awam antara lima lelaki ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Lahad Datu selepas disyaki memiliki 224 liter air ketum dan sebilah samurai serta enam parang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kesemua saspek berumur 24 hingga 38 tahun berkenaan ditahan menerusi satu serbuan di sebuah rumah di Taman Harapan Jalan Silam, pada Isnin.

“Semasa serbuan, selain air ketum dan senjata berbahaya, polis turut menemukan dadah jenis syabu seberat 0.41 gram serta 8.20 liter ubat batuk.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM11,655.40,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurut Dzulbaharin, ujian saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis amphetamine atau methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan