Sabah raih perhatian dunia pelayaran

TUARAN – Kehadiran lebih 100 pelayar dan 29 kapal layar dari 16 negara sempena acara Dalit Bay Nautica 2025 bukti Sabah kini semakin mendapat perhatian para pelayar dunia.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelancongan nautika berpotensi menjadi antara tarikan utama pelancongan di negeri ini berdasarkan keindahan pantai.

“Saya berharap pelancongan nautika seperti ini akan menjadi salah satu daya tarikan atau aktiviti pelancongan utama dalam masa terdekat di negeri ini.

“Sabah menawarkan pelbagai pengalaman berlayar dan sebenarnya terdapat potensi untuk menjadi destinasi pelayaran memandangkan kita mempunyai pantai yang menarik dan bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, beliau yakin pelancongan nautika atau aktiviti rekreasi pelayaran juga akan berpotensi membawa pengunjung ke Sabah sekali gus mampu menjana limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Acara ini juga meningkatkan pelancongan, mempromosikan warisan budaya dan merangsang aktiviti ekonomi di negeri ini.

“Ini juga akan meletakkan Sabah pada peta pelancongan dunia dan membantu kita mencapai sasaran kehadiran 3.5 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini,” jelasnya.

Katanya, negeri Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia, memiliki kepelbagaian alam semula jadi yang menjadikan destinasi pelancongan bertaraf dunia.

“Keindahan alam seperti lautan, kepulauan, gunung dan hutan simpan menjadikan Sabah khazanah semula jadi yang dikagumi ramai,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula