Laporan sampel DNA datuk, nenek rentung diperolehi 3 hari lagi – Polis

MUAR – Polis menjangkakan keputusan laporan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat dua warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh di sini diperolehi dalam tempoh tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkliz Azman Aziz berkata, laporan sampel yang telah dihantar ke Jabatan Kimia bertujuan menentukan jantina mayat akibat keadaan tubuh kedua-dua mangsa rentung sehingga 80 peratus.

Jenazah kedua-dua warga emas itu, Ara Abdul Hamid, 76, dan suaminya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini sementara menunggu laporan DNA.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi Jumaat lalu, pasangan suami isteri itu ditemui rentung selepas rumah pusaka didiami lima sekeluarga musnah dijilat api.

Tragedi itu turut menyebabkan cucu pasangan tersebut, Noradriana Nor Hasyim, 11, terbunuh disyaki dipukul dengan objek tumpul oleh bapa saudaranya yang kini melarikan diri.

Dalam perkembangan sama, Raiz Mukhliz berkata, polis kini masih memburu anak kepada pasangan warga emas itu dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, yang disyaki suspek utama kejadian itu.

Sementara itu, Raiz Mukhliz berkata, seorang lagi cucu mangsa, Norazima Mohd Radhi, 14, patah tangan dan cedera di kepala disyaki dipukul bapa saudaranya masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi