Himpunan Turun Anwar helah terdesak PN rampas kuasa tanpa pilihan raya

PUTRAJAYA – Tindakan Perikatan Nasional (PN) merancang Himpunan Turun Anwar pada Sabtu disifatkan sebagai cubaan terdesak pembangkang dalam menggugat kestabilan negara dan menolak mandat rakyat yang sah.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, sebarang usaha menukar kerajaan di tengah penggal melalui demonstrasi mahupun kaedah separuh penggal adalah tidak bermaruah serta bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Beliau berpandangan, pembangkang seharusnya tampil dengan cadangan dan tawaran dasar yang lebih baik sekiranya benar-benar mahu menyaingi kerajaan, bukan terus menyerang peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara populis.

“Demontrasi ‘Turun Anwar menunjukkan sikap PN yang tidak tahu menghormati mandat rakyat. Rakyat seharusnya menolak sikap pembangkang yang terdesak ini. Pembangkang perlu bersikap seperti PH yang menunggu pilihan raya untuk menukar kerajaan.

“PN dinasihat agar membuat usaha menukar kerajaan melalui saluran demokrasi yang betul. Percubaan menjatuhkan kerajaan pada pertengahan penggal, sama ada melalui demonstrasi jalanan atau kaedah “tebuk atap”, tidak selari dengan prinsip demokrasi,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat

Sehubungan itu, Faiz mencabar PN untuk mengemukakan inisiatif yang lebih baik dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya dalam kos sara hidup, berbanding terus menghasut masyarakat supaya menolak kepimpinan Perdana Menteri.

Katanya, demonstrasi jalanan oleh pembangkang itu dilihat tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika kerajaan mempamerkan komitmen menyantuni kebajikan rakyat menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri bagi penghargaan ini sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang. 

“Kepada parti-parti pembangkang yang mahu berdemonstrasi minggu ini menentang Perdana Menteri, saya cabar anda bentangkan inisiatif-inisiatif yang lebih baik. Sebelum mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, dedahkan juga calon Perdana Menteri anda,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada Sabtu ini .

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dipetik berkata, pihak penganjur sudah membuat pemakluman kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, seramai 2,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi membantu melancarkan perhimpunan berkenaan selain menjaga keselamatan peserta dan orang awam.

Related Posts

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama