Intelek Terengganu gesa SPRM siasat semula isu pelaburan Yayasan Terengganu

PERTUBUHAN Pendidikan Intelek Warga Terengganu (Intelek Terengganu) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan berhubung salah guna wang dalam pelaburan anak syarikat Yayasan Terengganu, susulan keputusan mahkamah yang mengekalkan perintah lucut hak ke atas sebuah kereta milik isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang.

Menurut Setiausaha Intelek Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan pelucutan hak ke atas kereta Proton X70 itu mengesahkan wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pelaburan oleh Sterling Hectares Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Yayasan Terengganu, dalam syarikat pengeluar pelitup muka Hygenia Sdn. Bhd.

“Keputusan ini membuktikan berlaku penyelewengan dana awam, dan SPRM wajar membuka semula kertas siasatan kerana isu ini melibatkan kepentingan rakyat negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri Terengganu agar bertanggungjawab sepenuhnya dan memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, termasuk usaha mengesan individu yang dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes berkenaan.

“Kerajaan Negeri mesti membantu pihak SPRM mengesan Abdul Ahad Khan yang merupakan pengarah Hygenia Sdn. Bhd. dan suspek utama dalam isu ini,” tegasnya.

Untuk rekod, Abdul Ahad Khan didakwa menghadiahkan kereta Proton X70 kepada isteri bekas ADUN Ladang selepas Yayasan Terengganu, melalui Sterling Hectares Sdn. Bhd., melaburkan sebanyak RM2 juta ke dalam syarikat Hygenia Sdn. Bhd. bagi tujuan pembelian saham kilang pelitup muka.

Related Posts

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi (telco) yang didakwa mendaftarkan jumlah talian secara berlebihan bagi tujuan penipuan atau scam wajib memberikan penjelasan berhubung perkara terbabit selewat-lewatnya petang ini. Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

SRI AMAN – Seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Rumah Beredai, Jalan Paip, Spatak Undop telah ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

Bursa Malaysia kembali kukuh susulan pemulihan Wall Street

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

KLIA lokasi perintis, 17 langkah perkukuh keselamatan pintu masuk negara diluluskan

KLIA lokasi perintis, 17 langkah perkukuh keselamatan pintu masuk negara diluluskan

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

Kelonggaran e-Invois bukti kerajaan faham realiti dihadapi PMKS

Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

Warga emas hilang di Sri Aman ditemukan selamat oleh penduduk kampung

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

IPD Kuching, JaPen Sarawak edar kit Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan