50 peratus diskaun saman trafik sempena Hari Kebangsaan

KOTA KINABALU – Orang ramai berpeluang untuk menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50 peratus sempena Hari Kebangsaan bermula 29 sehingga 31 Ogos nanti.

Perkara itu dimaklumkan menerusi siaran laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah. 

Pembayaran boleh dibuat seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir 4.30 petang di semua kaunter bayaran saman PDRM. 

Pengurangan kadar saman ini terpakai untuk semua jenis saman trafik kecuali kesalahan kemalangan, berstatus OP Selamat, berstatus non compound (NC), bicara mahkamah (m), berkaitan kenderaan M/Lori, potong secara bahaya (Potong Q), menggunakan lorong kecemasan, tidak patuh isyarat lampu merah, potong di garisan berkembar dan ubah suai ekzos kenderaan.

Sehubungan dengan itu, diingatkan bahawa pembayaran hanya boleh dibuat dengan menggunakan kad atau wang tunai sahaja dan tidak boleh dilakukan secara dalam talian atau aplikasi lain-lain. 

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali