Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

KUANTAN – Seorang imam rebah sebelum meninggal dunia dipercayai terkena serangan jantung ketika mengimamkan solat Jumaat di Masjid Ar Rahmat, FELDA Lembah Klau dekat Raub, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari, Tengku Badri Tengku Jaafar, 60, rebah secara tiba-tiba ketika memimpin lebih 300 jemaah dalam rakaat kedua solat Jumaat.

Adik mangsa, Tengku Maznan Tengku Jaafar, 43, memberitahu Sinar Harian, abangnya memang memiliki sejarah penyakit lemah jantung.

“Ketika kejadian saya pun menunaikan solat Jumaat di masjid sama.

“Kali terakhir saya jumpa abang pada petang Khamis dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap,” katanya.

Ujarnya, jenazah abangnya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan FELDA Lembah Klau selepas solat Isyak malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, mangsa memiliki sejarah penyakit jantung dan paru-paru kronik.

Menurutnya, kali terakhir mangsa mendapatkan rawatan pada 10 Mac lalu.

“Mangsa rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Lembah Klau yang turut solat di masjid itu,” katanya.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas