KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025.

Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal, perumahan rakyat, fasiliti komuniti dan infrastruktur awam.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian sewajarnya menerusi siri jelajah Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Beliau berkata, lawatan ini mencerminkan iltizam Kerajaan Perpaduan untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti serta memacu agenda pembangunan bandar bersih dan mampan di negeri ini.

Katanya, antara projek berimpak tinggi yang diumumkan ialah kerja menaik taraf Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Labuk, melibatkan peruntukan RM30 juta.

“Tapak berkeluasan 38 ekar itu dijangka menampung sehingga 200 tan metrik sisa pepejal setiap hari dan dijadual siap pada 16 Ogos 2027, sebulan sebelum sambutan Hari Malaysia.

“Bayangkan, Sandakan yang pernah digelar ‘Little Hong Kong’ tidak mempunyai tapak pelupusan sisa pepejal berstatus sanitari.

“Hari ini, impian 500,000 rakyat Sandakan menjadi kenyataan. Kita akan pastikan projek ini disiapkan mengikut jadual,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja Program Sentuhan Kasih KPKT 3.0 ke Projek Membaik Pulih Dewan di Jalan Singapore, Sandakan, di sini pada Khamis.

Kor Ming menyifatkan projek ini sebagai satu langkah penting ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih lestari dan efisien di Sabah.

Selain itu, siri lawatan turut merangkumi tinjauan ke Apartment Taman Singapore yang menerima peruntukan RM1 juta di bawah Program Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) bagi kerja mengecat lapan blok kediaman yang dijangka siap pada 28 Julai 2025.

Dalam lawatan sama, beliau turut meninjau dewan komuniti di Jalan Singapore yang telah dibaik pulih dengan kos RM400,000.

Sementara itu, bagi keselesaan penjaja dan pengguna pasar, RM2 juta diperuntukkan bagi kerja naik taraf di empat pasar utama iaitu Pasar Sim-Sim, Pasar Kim Fung, Pasar Umum dan Pasar Elopura, termasuk penambahbaikan meja gerai.

Turut diberi perhatian ialah pembangunan kemudahan sukan komuniti. Dua projek dikenal pasti, iaitu pembinaan bumbung gelanggang bola keranjang di Taman Indah Jaya serta naik taraf gelanggang futsal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Harmoni, masing-masing dengan peruntukan RM400,000.

Seterusnya, delegasi KPKT turut melawat Residensi PR1MA Borneo Cove, projek perumahan mampu milik yang telah siap pada Mei 2021 menyediakan 999 unit apartmen lengkap dengan kemudahan seperti taman permainan, surau, tadika dan gelanggang futsal.

“Kejayaan pelaksanaan projek ini hasil kerjasama erat antara KPKT, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri Sabah. Sinergi ini penting agar manfaat sampai sepenuhnya kepada rakyat,” kata beliau.

Mengulas peranan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam inisiatif mengecat bangunan pusat bandar, Kor Ming berkata, Kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati kuasa autonomi negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sabah ada ordinan dan PBT tersendiri. Kita hormati, tetapi tetap bekerjasama sebagai satu pasukan demi rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan KPKT akan terus memberi fokus kepada projek-projek di bawah bidang kuasa persekutuan.

“Kita akan buktikan bahawa Kerajaan Perpaduan mampu melaksanakan amanah. Kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” ujarnya.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak