MP Libaran hargai usaha kerajaan negeri salur bantuan pada nelayan Sandakan

SANDAKAN – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menyatakan penghargaan terhadap komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah menyalurkan bantuan kepada komuniti nelayan di Sandakan, termasuk di Parlimen Libaran.

Beliau berkata, seperti dijelaskan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah , Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan berkaitan bantuan yang disalur kepada nelayan.

Katanya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan menerusi Jabatan Perikanan (DOF) Sabah dan Ko-Nelayan sejak tahun 2020 hingga 2025 dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi dan kesejahteraan para nelayan.

“Antara bantuan yang telah diberikan termasuk pemberian enjin sangkut, pukat tangsi, bintur ketam, jaket keselamatan dan kelengkapan menangkap ikan kepada seramai 24 nelayan.

“Lima unit i-JETI turut dibina di beberapa kampung sekitar Sandakan dan Kinabatangan termasuk Kampung Bonggaya dan Kampung Nelayan Tengah bagi menyokong aktiviti perikanan setempat,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Suhaimi berkata, inisiatif lain termasuklah melepaskan sebanyak 3,500 ekor benih balat (timun laut) di perairan Pulau Libaran pada tahun 2023 selain penyertaan 14 nelayan dari Pulau Nunuyan dalam Program Penanaman Rumpai Laut serta pembiayaan mikro melalui i-NELAYAN dan i-HILIRAN yang memanfaatkan 68 nelayan dengan jumlah pinjaman melebihi RM580,000.

Bagaimanapun, Suhaimi berpandangan bahawa pelaksanaan inisiatif ini perlu dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan inklusif agar manfaatnya dapat diperluaskan kepada lebih ramai nelayan khususnya di kawasan Libaran.

“Komuniti nelayan di Libaran bukan sahaja bergantung kepada hasil laut semata-mata, malah perlu didedahkan dengan pendekatan baharu seperti agro-marin, teknologi pemprosesan ikan dan pemasaran digital,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar satu sistem pemantauan bersepadu diwujudkan bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi impak langsung terhadap peningkatan pendapatan nelayan.

Dalam masa sama, Suhaimi menyarankan agar Kerajaan Negeri menilai semula jumlah penerima bantuan sedia ada yang menurutnya masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan nelayan aktif di Libaran dan kawasan sekitarnya.

“Kita perlu memastikan bahawa tiada komuniti nelayan yang tercicir daripada menerima manfaat pembangunan.

“Libaran mempunyai potensi besar sebagai zon perikanan dan akuakultur dan sudah tiba masanya kita memperkukuh sokongan terhadap golongan ini yang menjadi antara tonggak keselamatan makanan negara,” tambahnya.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH