UniKL ASTI pacu dagangan rentas sempadan RM132 bilion

KANGAR – Penubuhan Universiti Kuala Lumpur Asia Sustainable Transportation Institute (UniKL ASTI) dijangka menjadi pemacu utama pembangunan dagangan rentas sempadan Malaysia–Thailand yang dianggarkan mencecah RM132 bilion menjelang tahun 2027.

Kampus pendidikan teknikal berteraskan logistik dan pengangkutan mampan itu akan dibina di atas tanah seluas 60 ekar di Lembah Chuping, Padang Besar, bersebelahan projek mega Perlis Inland Port (PIP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan UniKL ASTI merupakan langkah strategik yang menyokong pembangunan logistik serantau di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Universiti ini bakal menjadi pemangkin pelaksanaan projek mega PIP yang akan menggerakkan kargo rentas sempadan dan menjadikan Perlis hab logistik baharu di utara tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah UniKL ASTI yang disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Dewan Warisan di sini hari ini.

Menurut beliau, pembinaan kampus kini berada di fasa akhir reka bentuk dan dijadualkan siap pada 25 Jun 2028 menerusi pendekatan reka dan bina dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya dan MARA.

“UniKL ASTI akan menawarkan pelbagai program diploma dan ijazah dalam bidang TVET berimpak tinggi seperti teknologi penyelenggaraan kenderaan berat dan pengurusan peralatan angkat,” katanya.

Beliau yakin pendekatan pendidikan berorientasikan industri itu akan melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu menyumbang terus kepada ekosistem dagangan dan logistik negara.

Katanya, projek ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan berkualiti kepada masyarakat luar bandar dan memperkukuh agenda TVET nasional.

Turut berangkat ke majlis pecah tanah tersebut ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter