Kerajaan Sabah usul peruntukan tambahan lebih RM1 bilion fokus isu air, jalan raya

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah hari ini membentangkan usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2025 dengan jumlah sebanyak RM1.186 bilion yang melibatkan 53 kepala perbelanjaan sehingga hujung tahun ini.

Menurut Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, peruntukan tambahan yang disyorkan pada tahun ini sebahagian besar adalah untuk perbelanjaan bagi menangani dua isu utama iaitu bekalan air dan jalan raya.

“Daripada jumlah anggaran tambahan yang disyor dalam pembentangan ini, sejumlah RM523.5 juta untuk maksud tersebut.

“Keperluan sebenar untuk menangani isu bekalan air dan jalan raya melebihi RM2 billion setiap tahun.

“Ini membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu yang saban hari disuarakan oleh rakyat malahan dipolitikkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2025 yang dibaca kali kedua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, peruntukan besar ini adalah untuk kelangsungan operasi pentadbiran negeri sehingga akhir tahun ini.

Jelasnya, tambahan itu bagi membiayai perbelanjaan yang merangkumi enam kategori utama antaranya caruman kepada Kumpulan Wang Berkanun yang disyor berjumlah RM600 juta atau 51 peratus.

“Selain itu, perbelanjaan pentadbiran yang disyorkan berjumlah RM204 juta atau 17 peratus dan kategori ketiga memfokuskan perbelanjaan operasi yang disyorkan sebanyak RM195 juta atau 16 peratus.

“Seterusnya, berkaitan perbelanjaan bagi pemberian dalam negeri yang disyor berjumlah RM84 juta atau 7 peratus dan kategori kelima berkaitan perbelanjaan bagi tujuan pelaburan iaitu sebanyak RM54.4 juta atau 5 peratus.

“Perkara itu turut memfokuskan kepada peruntukan khas sebanyak RM50.7 juta atau 4 peratus,” tambahnya.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu beralih daripada pendekatan pemberian bantuan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri secara lebih menyeluruh serta berterusan. Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China