Program Jiwa Komuniti MADANI@Perayaan Pekan Selangau tonjol peranan komuniti hadapi isu semasa

SELANGAU – Program Jiwa Komuniti MADANI@Perayaan Pekan Selangau berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam usaha memperkukuh penyampaian maklumat, meningkatkan kesedaran digital serta mempererat hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti.

Menurut Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Susan Clement, beliau menekankan program seperti ini sangat penting dalam menyampaikan maklumat terus kepada akar umbi, serta sebagai platform meneliti serta menangani isu-isu komuniti secara langsung.

“Pengetahuan tentang penipuan dalam talian seperti penyamaran sebagai polis, kastam dan penawaran kerja palsu perlu diberi perhatian serius agar masyarakat tidak mudah terpedaya”, katanya lagi ketika berucap pada majlis Program Jiwa Komuniti Madani @ Perayaan Pekan Selangau di Rh Adi George, Dijih, Selangau baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000.00 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Adi  George bagi menyokong pembangunan komuniti.

Manakala menurut wakil Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Mosin Ujap; jabatan beliau akan mengadakan satu lagi program komuniti iaitu Program Internet Selamat.

“Program ini penting untuk mendidik pelajar tentang keselamatan digital dan bahaya penipuan dalam talian, terutamanya apabila kemudahan internet semakin baik di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Program ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan dalam mendekati rakyat secara langsung dan memperkukuhkan semangat MADANI dalam kalangan komuniti luar bandar.

Related Posts

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

KOTA KINABALU – Harga tiket penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur yang melonjak tinggi, khususnya ketika musim puncak, perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sekadar isu kos perjalanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut